 |
|
|
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]

|
|
|
|
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]
|
| Thursday, 31-May-2007 08:59 |
|
Durapol Industries Sdn Bhd is one of UDA Holding Vendor's
|
|
Alhamdulillah..
Finally after a month struggling to prepared a proposal and documentation, my company now is one of 20 companys that been selected by UDA Holding Sdn Bhd to be their vendor.
Hopefully this will be the stepping stone to my company to archive my mission..to be the first AUTOCAST SOLID SURFACE MANUFACTURER IN MALAYSIA.
here is the story..(sorry it's in Bahasa Malaysia)
Program vendor bukti UDA komited bantu Bumiputera
Oleh Haryani Ngah
UDA Holdings Berhad mengambil inisiatif membangunkan ekonomi Bumiputera dalam perniagaan dengan melancarkan Program Pembangunan Vendor UDA.
Sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC), UDA komited dalam memberi peluang kepada usahawan Bumiputera menyertai Program Vendor Uda dengan objektif meluas pasaran produk bahan binaan dikeluarkan pengilang Bumiputera.
Menerusi program itu usahawan Bumiputera dapat memantapkan dan mempertingkatkan prestasi dalam pengeluaran bahan binaan, di samping membuka pasaran baru kepada syarikat vendor.
Pada majlis pelancaran berlangsung di Kuala Lumpur, semalam, sebanyak 20 syarikat Bumiputera menerima surat pelantikan daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Syarikat terbabit ialah Alufab Industries Sdn Bhd, Alukaca Indutries (M) Sdn Bhd, Amat Sinar Sdn Bhd, Aneka Bena M N Sdn Bhd, Brickwell Engineering Sdn Bhd, B&Z Marketing Sdn Bhd, Casa Impian, Durapol Industries Sdn Bhd, Glasswall Sdn Bhd, I-Nai Venture Holdings Sdn Bhd dan Kallang Resources Sdn Bhd.
Turut menerima surat pelantikan ialah KJ Sdn Bhd, Majpadu Bricks Sdn Bhd, Mass-Composite Technology Sdn Bhd, Neural Manufacturing Sdn Bhd, PolymalCorporation Sdn Bhd, Pro-Lanscape Structure Sdn Bhd, RNG Arrange (M) Sdn Bhd, Roto Industries (M) Sdn Bhd dan Syarikat Metal Industries (M) Sdn Bhd.
Mohamed Khaled berkata, usaha berterusan Kementerian bagi menjayakan program pembangunan perniagaan Bumiputera mendapat sokongan dan kerjasama daripada syarikat GLC.
Katanya, UDA tampil membuka peluang kepada syarikat vendor Bumiputera untuk membekal bahan dan perkhidmatan berkaitan dengan industri hartanah di bawah projek yang akan dilaksanakan oleh UDA.
“Saya difahamkan sebanyak 20 syarikat mengemukakan dokumen lengkap untuk didaftarkan menerusi program ini,” katanya.
Kriteria bagi pemilihan yang digunakan UDA bagi proses penilaian ialah syarikat yang ekuiti dan pengurusan dimiliki serta dikawal oleh Bumiputera sepenuhnya atau 100 peratus.
Memiliki kilang sendiri dan mempunyai keupayaan untuk membekal produk secara berterusan, produk yang berkualiti dan menepati spesifikasi tender dan piawaian badan pengiktirafan kualiti.
Selain itu, harga produk yang kompetitif, kedudukan kewangan syarikat, dan surat sokongan daripada projek yang pernah dilaksanakan.
“Saya mendoakan supaya program ini akan membawa kejayaan seperti yang diharapkan dan sokongan padu UDA bergandingan dengan pihak kerajaan amat dihargai.
“Saya berharap UDA akan memastikan kehadiran masyarakat usahawan di dalam bandar terus dipertingkatkan,” katanya.
Mohamed Khaled berkata, beliau dimaklumkan UDA sedang pada peringkat terakhir mengenal pasti jururunding bagi tujuan untuk menambah baik kompleks perniagaan UDA di BB Plaza, Jalan Bukti Bintang; Kompleks Pertama, Jalan Tuanku Abdul Rahman; Plaza Ansana, Johor Bharu dan Greentown Mall, Ipoh.
“Saya difahamkan kerja menambah baik Kompleks Plaza Bukit Bintang dengan mencantikkan bangunan, menyusun semula atur ruang niaga kompleks, menggantikan kemasan lantai dan siling, membaik pulih tandas, meningkatkan papan tanda dan tunjuk arah.
“Selain itu, menyediakan eskulator untuk laluan dari tempat letak kereta ke ruang perniagaan, menambah baik pencahayaan serta meningkatkan kecekapan sistem mekanikal dan elektrikal.
“Kerja penambahbaikan akan bermula Disember ini dan anggaran kos adalah RM15.3 juta dan memberikan wajah baru pada unit runcit, serta menempatkan semula usahawan runcit, khususnya usahawan Bumiputera berpotensi,” katanya.
Tidak hanya di Bukit Bintang, peluang usahawan Bumiputera untuk berniaga di tingkatkan di Kompleks Pertama, manakala usahawan di Johor mendapat pertambahan lot niaga di dengan penambahan tempat duduk daripada 400 ke 1,000 di medan selera Oasis, Plaza Ansana.
Kerja pembinaan Side Walk Cafe di Greentown Mall turut mewujudkan pertambahan ruang niaga baru dengan menampilkan imej moden dan persekitaran kawasan yang lebih eksklusif dan landskap lebih menarik.
“Semua kerja menambah baik kompleks milik UDA adalah untuk menjadikannya lebih kompetitif dengan kompleks baru yang lain, di samping dapat menyediakan banyak peluang perniagaan kepada usahawan Bumiputera untuk berniaga.
“Kerja menambah baik kompleks milik UDA turut membuka peluang kepada Vendor UDA untuk membekalkan produk dan perkhidmatan mereka,” katanya.
Pengerusi UDA Holdings Berhad, Datuk Baharum Mohamed berharap vendor Bumiputera akan membuktikan keupayaan mereka untuk menghasilkan mutu produk dan perkhidmatan yang tinggi kerana produk dibekalkan akan digunakan dalam projek syarikat itu.
“Semoga program ini memberi dorongan kuat kepada vendor Bumiputera untuk terus meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan supaya setanding dengan syarikat lain yang kukuh dalam pasaran.
“Menerusi jalinan ini juga, UDA berharap vendor Bumiputera dapat mengembangkan jalinan rangkaian perniagaan mereka pada masa depan,” katanya.
INFO
Perniagaan, produk dalam program vendor
# Cat
# Tangki air gutter
# Rangka besi– tingkap dan pintu
# Kekuda kayu
# Kabel– elektrik dan telefon (saiz kecil)
# Batu bata
# Gril, grating dan pagar besi
# Produk PVC dan UPVC
# Produk elektrik switch box domestik
# Penggera dan sistem pengera rumah
# Perabot untuk taman kanak-kanak
# Kerja hiasan taman
# Kerja water proofing
# Kerja anai-anai dan pest control
# Produk kaca
# Peralatan bilik air
|
|
|
|